Friday, November 13, 2009

MINI KELAS ULWAN

Mama wrote:


Umur Ulwan dah 4 tahun tapi mak belum hantar ke tadika lagi. Mak saja nak bagi ulwan main puas-puas di rumah, berkawan dengan widad yang baru nak kenal dunia. Ulwan macam idola pada widad. Semua yang ulwan buat, widad tiru. Mak suka tengok anak-anak mak bermain sama-sama., walaupun mak pening kepala bila ulwan kerap menyakat widad. Widad cepat belajar. Ulwan pun sama. Sebab itu mak tak nak lepaskan peluang mengajar ulwan di rumah. Mak harap mak dapat mewujudkan suasana belajar yang ulwan dan widad suka.


Whiteboard tu abah beli supaya mak tak lupa tulis barang-barang dapur yang habis. Pandai abah buat kelakar. Ulwan pun selalu buat kelakar terutama bila mak ajar ulwan mewarna, melukis, menyanyi, mengaji dan menulis. Kadang-kadang mak geram juga tapi mak tetap terhibur..ulwan kreatif..


Ulwan dah agak teliti bila mewarna, dah tak keluar garisan (totis~Ulwan eja..hehe) tu. Bila widad tengok ulwan melukis dan mewarna, dia pun ikut sama. Pandai widad pegang pensil warna, gaya meniarap pun ada. Geli hati mak tengok. Paling mak kagum, widad boleh lukis bulatan walaupun tak betul-betul bulat. Sekarang mak tengok, widad makin suka melukis. Habis tangga, dinding, permaidani dan sarung kusyen mak ada lukisan 'hujan'. Lukisan ulwan juga ada kemajuan, mak dah boleh teka rupa bentuknya.


Boleh tahan spongebob ulwan ni..cantik sangat. (terima kasih mak ~ ulwan cakap). Nanti ulwan lukis yang lebih bagus ye.. Untuk memenuhi permintaan ulwan, mak masukkan video clip 'hip hop' hebat ulwan dan widad.


Ok, ulwan. Mak gembira sangat menjadi 'teacher' ulwan di rumah. Rajin-rajin belajar mengaji tau.




















Thursday, November 12, 2009

angsa yang bertelur emas

abah beli buku cerita fabel. ulwan dah habis baca.. ulwan suka sangat. nanti abah beli kan lagi tau.

atuk tak bagi sebab ape

malam tadi atuk tak bagi ulwan duduk rumah atuk

Sunday, November 8, 2009

ulwan makan kuih mesteri

kasut

Saturday, November 7, 2009

kawan blog


ABAH CIKGU ULWAN HIP HIP HURE. ulwan seronok dapat kawan blog..

Wednesday, November 4, 2009

ULWAN DI HARI RAYA


MAMA WROTE:

Seperti kanak-kanak lain, Ulwan tidak sabar-sabar memakai baju raya ungu pemberian neneknya. Pagi-pagi lagi,Ulwan sudah mandi tanpa disuruh.Baju melayu yang telah kugosok disarung pantas. Perasaan seronoknya semakin ketara tatkala melihat kami semua memakai baju baru yang cantik-cantik belaka. Di usia sebegini ulwan sudah mula merasai kegembiraan hari raya ~ balik kampung, jumpa atuk nenek, baju raya, duit raya, jumpa ramai kawan. Ulwan memang suka berkawan. Kadang-kadang dengan orang dewasa pun ulwan tidak malu memulakan bicara.
"Bila nak beraya ni?" Dah berapa kali ulwan bertanya.Jawapanku tetap sama."Tunggu atuk dan abah baliklah."

Sebenarnya ulwan mahu sangat ikut abah dan atuknya solat hari raya aidilfitri di masjid. Memandangkan ulwan bukan jenis yang boleh duduk diam, hasrat hatinya itu tidak mampu ditunaikan. Bosan menunggu, ulwan bermain-main dengan sepupunya, Rayyan Fikri yang baru berusia 5 bulan. Ulwan terhibur seketika.

"Ha, dah balik." Ulwan menjerit riang mendengar bunyi enjin motor atuk. Bukan itu sahaja, berpuluh-puluh buah motor turut sama parkir di halaman rumah atuk.
"Baraan." Itu yang diterangkan kepadanya.

Ulwan rasa seronok. Sampin dan songkok yang sudah lama terlucut tidak langsung dipedulikan. Dia turut sama duduk di samping atuk, menjamah nasi himpit kuah kacang dan minum air milo. Kenyang, tapi perut ulwan masih ada ruang untuk makanan. Dia bertekad mahu ikut baraan dengan atuk dan abah. Tidak lama makan-makan di rumah atuk, ulwan lihat kanak-kanak beratur untuk mendapatkan sesuatu dari atuk.Ulwan tidak mahu ketinggalan. Dia turut sama beratur. Oh, duit raya rupanya! Tersengih-sengih atuk menghulurkan sampul duit raya pada Ulwan.

Ulwan pulang sebentar pukul 1 tengahari hari. Penuh poket dan tangannya dengan duit raya dan sampul duit raya yang kosong. Atuk kata ada yang tercicir. Aku tergelak-gelak sambil mengirakan duit raya Ulwan.Pukul 3 petang itu, ulwan terus bersemangat menyambung baraan. Abah sudah angkat bendera putih. Ulwan tidak kisah, yang penting dia mahu menimba pengalaman baru. Baju melayu ungu yang sudah ada bau dipakai semula selepas mandi.
"Bye mak". Comel kulihat ulwan membonceng motor. Kelakar datang tiba-tiba. Apa lah yang difikirkan ulwan agaknya..

Baraan petang itu tidak lama,ada baki 3 buah rumah yang belum disinggahi. Balik sahaja, atuk terus bercerita tentang ulwan. Atuk kata, ulwan sudah tidak boleh duduk diam. Tanpa malu, ulwan terus sahaja mengambil sendiri duit raya dari tangan tuan rumah.Atuk mahu mengusik tetapi tangan ulwan cepat-cepat menutup mulut atuk. Berderai ketawa kawan-kawan atuk melihat gelagat ulwan. Di rumah terakhir, ulwan tidak lagi makan kuih raya mahupun minum air sirap. Ulwan tertarik dengan kura-kura dalam aquarium tuan rumah.
"Wah, ada laut!!" Kagum sungguh ulwan dengan saiz aquarium tu."Eh, ada wonderpets dalam laut.wah" Kagum ulwan bertambah-tambah.Hemm...entah-entah kura-kura itu pun ketawa mendengar kata-kata Ulwan. Mujurlah ketawa kawan-kawan atuk lagi kuat daripada kura-kura tu.

Dalam hati kami pula, "Ulwan, ko ni kelakar lah.. hehehe."


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate.