
MAMA WROTE:
Seperti kanak-kanak lain, Ulwan tidak sabar-sabar memakai baju raya ungu pemberian neneknya. Pagi-pagi lagi,Ulwan sudah mandi tanpa disuruh.Baju melayu yang telah kugosok disarung pantas. Perasaan seronoknya semakin ketara tatkala melihat kami semua memakai baju baru yang cantik-cantik belaka. Di usia sebegini ulwan sudah mula merasai kegembiraan hari raya ~ balik kampung, jumpa atuk nenek, baju raya, duit raya, jumpa ramai kawan. Ulwan memang suka berkawan. Kadang-kadang dengan orang dewasa pun ulwan tidak malu memulakan bicara.
"Bila nak beraya ni?" Dah berapa kali ulwan bertanya.Jawapanku tetap sama."Tunggu atuk dan abah baliklah."
Sebenarnya ulwan mahu sangat ikut abah dan atuknya solat hari raya aidilfitri di masjid. Memandangkan ulwan bukan jenis yang boleh duduk diam, hasrat hatinya itu tidak mampu ditunaikan. Bosan menunggu, ulwan bermain-main dengan sepupunya, Rayyan Fikri yang baru berusia 5 bulan. Ulwan terhibur seketika.
"Ha, dah balik." Ulwan menjerit riang mendengar bunyi enjin motor atuk. Bukan itu sahaja, berpuluh-puluh buah motor turut sama parkir di halaman rumah atuk.
"Baraan." Itu yang diterangkan kepadanya.
Ulwan rasa seronok. Sampin dan songkok yang sudah lama terlucut tidak langsung dipedulikan. Dia turut sama duduk di samping atuk, menjamah nasi himpit kuah kacang dan minum air milo. Kenyang, tapi perut ulwan masih ada ruang untuk makanan. Dia bertekad mahu ikut baraan dengan atuk dan abah. Tidak lama makan-makan di rumah atuk, ulwan lihat kanak-kanak beratur untuk mendapatkan sesuatu dari atuk.Ulwan tidak mahu ketinggalan. Dia turut sama beratur. Oh, duit raya rupanya! Tersengih-sengih atuk menghulurkan sampul duit raya pada Ulwan.
Ulwan pulang sebentar pukul 1 tengahari hari. Penuh poket dan tangannya dengan duit raya dan sampul duit raya yang kosong. Atuk kata ada yang tercicir. Aku tergelak-gelak sambil mengirakan duit raya Ulwan.Pukul 3 petang itu, ulwan terus bersemangat menyambung baraan. Abah sudah angkat bendera putih. Ulwan tidak kisah, yang penting dia mahu menimba pengalaman baru. Baju melayu ungu yang sudah ada bau dipakai semula selepas mandi.
"Bye mak". Comel kulihat ulwan membonceng motor. Kelakar datang tiba-tiba. Apa lah yang difikirkan ulwan agaknya..
Baraan petang itu tidak lama,ada baki 3 buah rumah yang belum disinggahi. Balik sahaja, atuk terus bercerita tentang ulwan. Atuk kata, ulwan sudah tidak boleh duduk diam. Tanpa malu, ulwan terus sahaja mengambil sendiri duit raya dari tangan tuan rumah.Atuk mahu mengusik tetapi tangan ulwan cepat-cepat menutup mulut atuk. Berderai ketawa kawan-kawan atuk melihat gelagat ulwan. Di rumah terakhir, ulwan tidak lagi makan kuih raya mahupun minum air sirap. Ulwan tertarik dengan kura-kura dalam aquarium tuan rumah.
"Wah, ada laut!!" Kagum sungguh ulwan dengan saiz aquarium tu."Eh, ada wonderpets dalam laut.wah" Kagum ulwan bertambah-tambah.Hemm...entah-entah kura-kura itu pun ketawa mendengar kata-kata Ulwan. Mujurlah ketawa kawan-kawan atuk lagi kuat daripada kura-kura tu.
Dalam hati kami pula, "Ulwan, ko ni kelakar lah.. hehehe."